Sejarah Sekolah





Sekolah Agama Pontian Besar terletak di Jalan Parit Ibrahim kira-kira 4 kilometer dari bandar pontian.Sekolah ini diketegorikan sebagai Sekolah Luar Bandar.

Sekolah ini mula dibina sejak tahun 1949 lagi.Lokasi penempatan awal bangunan sekolah ini adalah disimpang masuk Parit Ibrahim (sekarang tapak Sekolah Menengah Sri Perhentian). Sekolah ini diasaskan oleh Tn Syed yang merupakan penduduk asal kampung ini.

Sekolah Agama Pontian Besar berdindingkan kayu dan beratapkan zink ini telah dapat menampung 90 orang murid yang terdiri dari 4 kelas iaitu dari darjah 1 hingga 4.Kewujudan sekolah ini pada zaman tersebut amatlah baik sekali kerana disamping mengisi masa murid–murid ia juga berfungsi sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.

Setelah lebih kurang 33 tahun Sekolah Agama Pontian Besar ini berada dibangunan lama, akhirnya sekolah ini berhasil untuk berpindah kebangunan lain iaitu dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Pontian besar.

Setelah berpindah ke bangunan baru, guru-guru yang berkaliber telah diamanahkan untuk menerajui pentadbiran serta mendidik anak-anak yang man Guru Besar pertama ialah Tn Hj Abd Samad B. Abd Rashid berserta guru penolongnya iaitu Pn Maimunah Bt Abd Samad.(sekarang Guru Besar Sek. Agama Parit Semerah).

Perpindahan guru-guru dalam berkhidmat sememangnya tidak dapat dinafikan namun ibarat kata pepatah "Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti”. Setelah Tn Hj Abd samad bersara, beliau telah dagantikan olehPuan Hjh Khairunnisak Bt Hj yusof , di mana beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 9 tahun. Tanggungjawab sebagai guru harus dipikul dan dilaksanakan walau di mana juga. Melihat sikap dedikasi , jujur , dan bertanggungjawab , maka Pn Maimunah Bt Abd Samad telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar dan ditukarkan ke Sekolah Agama Parit Kudus. Tempat beliau telah digantikan oleh tuan Hj.Tumar Bin Sarbini.

Pada tahun 1997, Puan Khairunnisak telah bersara dari profesionnya sebagai seorang guru. Tn.Hj.Tumar B Sarbini telah memangku jawatan sebagai Guru Besar. Pada Januari 1998, Puan Maimunah Bt Ab Samad telah ditukarkan semula ke sekolah Agama Pontian Besar sebagai Guru Besar. Hasil kerjasama dan hubungan yang baik di antara guru-guru Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan Pontian Besar, penambahan guru, murid dan kelas telah meningkat dari tahun ke tahun.

Tarikh 3 Oktober 2004 telah mencatatkan satu lagi sejarah sedih apabila Guru Besar Puan Hjh.Maimunah Bt Abd Samad telah ditukarkan ke Sekolah Agama Parit Semerah. Walaupun berat rasa dihati namun itulah hakikat yang perlu dihidapi oleh Puan Maimunah setelah lebih enam tahun berkhidmat di sekolah ini. Tempat beliau telah digantikan oleh Puan Hjh.Faridah Bt Hj Muhammad dari Sekolah Agama Parit Patah.

Kesinambungan diteruskan lagi dibawah pentadbiran Puan Hjh Faridah Bt Hj Muhammad selaku Guru Besar Sekolah Agama Pontian besar pada tahun2005. Warga sekolah ini juga telah beroleh banyak kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Sehingga sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah agama cemerlang kategori gunasama di peringkat daerah dan negeri pada tahun 2006 dan 2007.

Namun kesedihan berulang kembali apabila Pn Hjh Faridah Bt Hj Muhammad dipindahkan ke sekolah Agama Parit Hj Sapran pada akhir tahun 2008 dan tempat beliau telah digantikan oleh Pn Hjh Hajar Bt Daim pada 1.1.2009. Namun kehadiran pn Hjh Hajar Bt daim juga adalah sementara sahaja apabila tanggal tarikh 3.1.2009 beliau telah berpindah ke sekolah Agama Pulai Sebatang.

Dalam kesedihan kegembiraan datang kembali,bagaikan pelangi bersinar yang muncul kembali apabila tanggal 3.1.2009 Pn Hjh Sahedah Bt Hj Ismail dilantik sebagai Guru besar sekolah Agama Pontian Besar sehinggalah sekarang. Pelbagai jenis kejayaan sekolah yang telah diperolehi diperingakt daerah dan negeri di bawah pimpinan Pn Hjh Sahedah berkat kegigihan warga sekolah ini yang amat dikagumi. Tahun 2009 juga membawa sejarah manis apabila keputusan SDEA diumumkan di mana Sekolah Agama Pontian Besar mencatat keputusan 100% calon yang lulus dan antara 9 buah sekolah yang terbaik bagi daerah pontian.

Adalah diharapkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan guru, ibubapa dan semua pelajar akan meningkatkan lagi mutu kejayaan sekolah ini pada tahun-tahun berikutnya.

Amin……

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As Salam...

Saya merupakan penuntut sekolah agama ini dan anak jati Pt. Ibrahim. Cikgu Abd. Samad, Cikgu Khairunnisa' dan Cikgu Maimunah merupakan cikgu-cikgu saya....

Terima kasih kerana menulis sejarah sekolah agama pontian besar ni....

rohizat_sgsb berkata...

Saya pernah menuntut di sekolah agama ini sekitar tahun 1973 atau 1974, kalau tak silap. Saya juga pernah di ajar oleh Cikgu Samad. Masa tu sekolah agama ni diadakan pada sesi petang, menumpang di sekolah kebangsaan pontian besar(sebelah pagi).

Tapi saya rasa Guru besar pada masa tu ialah Cikgu Ismail. Cikgu Samad adalah pembantunya.

Catat Ulasan